Tuesday 19 March 2013

Makan bosar .horey!

Assalamualaikum semua !

Hee.. harini alhamdulilah dapat lagi aku bertemu sua dalam blog comei comei ni . hihihihi.
Dalam entry kali ini, tak ada apa sangat yang nak ditulis , cuma ada aktiviti menarik bersama rakan -rakan PBL ku yang sempoi-sempoi :D



Haa nampak tak betapa gergasinya pizza-pizza yang sedang dinikmati kami semua. Agak-agak siapa ya yang memakai sweater ungu tu? Macam laju je tangan dia mencapai ayam goreng :D
Sebenarnya kitorang baru lepas habis discussion dengan doktor PBL kami.. al maklum lah exam midterm semakin dekat. Jadi kami buat keputusan untuk bincang beberapa contoh soalan dan cara untuk menjawab dengan betul dalam exam nanti..
Seronok group PBL kali ini, kawan-kawan yang sempoi dan dapat doktor pula yang betul-betul komited dengan kerja beliau terutamanya dalam membantu kami anak-anak PBL :)

Tamat perbincangan selama 2jam lebih, tiba-tiba ada seorang kawan lelaki  bagitau yang dia menang game badminton yang dia masuk kemarin. Jadi untuk meraikan, dia nak belanja kitorang semua makan Dominos.
Horreyyyyyyy senang-senang dapat makan kan, dari hasil belanja kawan rapat pula tu. Wahh terasa indah dunia. Heee..Memang  pulun juga aku makan. Dapat lah 4  1/2 keping pizza, seketul ayam goreng, dan beberapa keping cinnamon bread yang sodap-sodap belako! :D * makan macam orang 4 tahun tak jumpa makanan. gedempol!

Balik beramai-ramai dengan perut kekenyangan dan wajah keriangan. hahahah dah macam karangan darjah 4! :D

Okey, dah habis cerita. bye! :p






No comments:

Post a Comment