Thursday 21 March 2013

Memori Perubatan Sports Day


Assalamualaikum :)

Pagi tadi waktu tengah study untuk persediaan exam midterm 24hb ni, sempat lagi aku selak-selak gambar-gambar lama dalam album. Haha.. bosan kot, tak pun dah rasa tepu study tadi. Jadi rehat kejap, alih perhatian ke benda lain..baru lah kurang rasa tension.. kalau tak, nanti terus rasa taknak study. Tapi masalahnya, bila dah buka album lama, terus rasa nak menulis pula. Haih,, fida fida. Nasib baik la midterm, kalau final macam ini gayanya, memang nak kena lah kan. gggr.  

Tengok album, teringat kenangan waktu masuk Perubatan Sports Day (PSD) dekat Zagazig dulu,, dalam bulan March tahun lepas.. dah lebih kurang setahun jugak lah kenangan itu berlalu. Rasa rindu je kan aktiviti-aktiviti lama. Yang penting, pengalaman yang aku dapat tu pun bukan taik-taik ayam punya ^^. 
 Yelah, bersaing dengan kawan-kawan baru dari setiap daerah (atau dalam bahasa arab dipanggil muhafazah) dalam Egypt turun ke Zagazig untuk bersaing mewakili universiti masing-masing. 
Pertama kali berjumpa mereka, gentar juga la. Dalam hati tertanya-tanya tahap kehebatan mereka dalam bersukan. Mana tak risau, aku yakin setiap orang yang ada kat situ paling kurang pun target nak menang 2-3 medal. Fuhh. Tercabar walaupun pelajar arab tak terlibat. (untuk malaysian students saja) 

PSD ni berlangsung sehari je.. dari pagi sampai ke malam. Geng-geng Mansura bertolak agak awal, memandangkan perjalanan dari Mansurah ke Zagazig mengambil masa lebih kurang 2 jam. Haruslah bertolak awal kan, nak sampai kat sana dan bersedia lebih awal supaya tak ada perkara yang teringgal dan kelam kabut nanti.   Sampai je kat sana, kami bersedia pula untuk perbarisan. Hah aku pun antara yang terlibat tau. Jadi dapat lah berformasi di hadapan kawan-kawan dari setiap muhafazah dan dalam dewan besar Zagazig itu sendiri. heheh. :D

Untuk lebih memendekkan cerita , lepas saja perbarisan dan ucapan-ucapan pihak tertentu, kini telah rasminya lah PSD 2012 yang berlangsung hanya sekali dalam 4 tahun. Dannn semua perlawanan & permainan pun boleh dah bermula! Untuk game pertama aku, aku terlibat dalam game bola jaring. Okey yang bawah ini salah satu gambar yang masih ada dengan aku. Itu pun , nasib baik ada orang yang snap. Kalau tak, debu jelah yang tinggal .huhu.. Aiyoo hidung kembang tu mengalahkan bunga kembang di waktu pagi. kui3.. ^_^
The centre of the team. :D

Untuk game bola jaring, kami hanya lepas sampai ke semi final. Itu pun dah syukur alhamdulilah.. Ternyata bukan calang-calang team yang kami berentap dulu.. Cuma lebih menggembirakan lagi, bila team lain yang terdiri dari senpai-senpai Mansura berjaya menjuarai game ini. Sekurang-kurangnya, tertebus juga lah kekalahan team kami. Alah, kalah bermaruah :p

Lepas sahaja game bola jaring tamat, aku terus dipanggil pula untuk next game aku iaitu acara 4x200 meter. Apa lagi, terkejar-kejar juga aku waktu itu untuk cepat sampai ke track lumba lari. Penat tak terkata lah, tapi semangat yang jitu mengatasi segalanya. hahah. Alhamdulilah, pasukan kami yang terdiri dari sahabat-sahabat rapat ku juga - Syazana (jaja), Batrisya (bat) , kak Halimah dan aku sendiri telah berjaya dalam game kali ini. Tempat kedua dari 6 pasukan yang lain. Tak sia-sia latihan kami selama hampir sebulan sebelum PSD. Berjogging hampir setiap petang , fitness, dan tak ketinggalan latihan untuk meningkatkan speed larian masing-masing memang banyak membantu pada hari perlawanan tersebut. Tapi sayang seribu kali sayang, tak ada gambar yang ada sebab semua benda berlaku terlalu pantas.  haih.

Habis dari larian, aku berkejar pula untuk bersiap sedia untuk persembahan aku malam nanti. Hamboii bukan main lagi busy nya. :p  Sampaikan ada senior yang cakap " Fida siang-siang macam pelesit ,, malam dah jadi puteri pulak " hahaha. macam-macam. Kami dari Mansura terlibat dalam persembahan penutup malam PSD. Jadi, kami membuat keputusan untuk mengadakan persembahan tarian zapin, yang diketuai kawan sekuliah ku sendiri ---> Rabiatul Adawiyah bt Sulaiman.  Kebetulan, dia berasal dari Johor dan pernah ada pengalaman dalam bab-bab tarian ni. Berbeza pula dengan aku yang tak pernah menari seumur hidup. Ditambah pula dengan life aku yang penuh dengan aktiviti-aktiviti sports, aduyai entah macam mana lah hasil tarian tu . Tapi untuk membuktikan yang 'practice makes perfect' ,, aku berjaya melembutkan sendi-sendi otot ku hanya untuk malam tersebut. haha.. Okey, bawah ni adalah gambar yang sempat ku curi dari album kawanku . Geng zapin Mansura guys!! :)








Dah sampai ke penutup PSD, maka sampai juga lah kepada penutup blog ku pada petang yang tenang ni :D.. Semangat sangat menulis, sampai lupa den kono study. hahaha. Itu jelah yang dapat aku kongsikan , yang penting kami balik dengan senyuman-senyuman lebar tak terkata. Pengalaman dapat, kawan-kawan baru dapat.,, kemenangan pun dapat. Alhamdulilah sangat-sangat dah tu. Ingat memori ni balik, rasa macam nak putar masa sekejap supaya dapat lagi bersama dengan sahabat perjuangan. Lebih-lebih lagi part melembutkan urat-urat dawai yang sekarang ini mungkin dah bertambah dawai. ehek. :p

Salam perjuangan & jumpa lagi! :)







No comments:

Post a Comment