Wednesday 27 February 2013

Si bapa . anak. & mesir.

Assalamualaikum .. :)

Hari ini adalah hari yang terakhir aku menghadiri kelas untuk kes ketiga kami belajar di kuliah. Seperti yang telah ditetapkan oleh chief tutor, semester kali ini aku mendapat cuti pada hari Khamis & Jumaat. (memang di Mesir, Jumaat adalah hari cuti untuk semua orang ).  Ini jadual yang aku ikuti selama minggu ini...

third case timetable

Memandangkan aku sudah berada di tahun tiga perubatan, aku perlu dibiasakan dengan asas-asas sebelum melangkah ke alam klinikal pada semester yang akan datang.   Kebanyakan kelas aku juga lebih melibatkan ilmu-ilmu atau pemahaman untuk memudahan proses klinikal nanti.. Kini kumpulan aku terletak dibawah group C.. jadi seperti yang tertera , hari ini aku telah pun pergi ke hospital untuk menghadiri kelas praktikal di Chest Department , di salah satu hospital di Mansoura..
Kes yang diberi pada minggu ini ialah berkaitan satu penyakit yang dipanggil ' Liver Cell Failure ' atau dengan bahasa mudahnya seseorang yang menghidap masalah hati..

Selepas mendengar beberapa penjelasan dari doktor di hospital , aku & rakan-rakan telah dibawa ke satu ward untuk berjumpa dengan salah seorang rakyat mesir yang menghidap penyakit ini..  Dari fizikalnya, pakcik (atau dalam bahasa arab golongan ini  lebih mesra dipanggil 'ammu' ) ,,  umurnya mungkin sekitar 60 tahun.. Memang jelas kelihatan penyakitnya, di mana aku maksudkan jika kita memerhati tanda-tanda yang ada dari kepala hinggalah ke kaki , penyakit itu mungkin agak senang untuk dikenalpasti.. Tapi ia bukan lah semudah itu, kerana terlalu banyak kemungkinan atau punca lain bagi setiap penyakit walaupun tanda-tanda yang dihadapi oleh pesakit adalah lebih kurang sama..
Ammu itu ditemani seorang anak lelakinya sepanjang kami berada di situ... Sewaktu doktor sedang  melakukan demonstrasi , tiba-tiba berlaku sedikit pertengkaran antara anak lelaki tersebut dan doktorku . Berdasarkan sedikit ilmu bahasa Arab yang tersemat , dia seakan-akan memarahi doktor kerana menggunakan bapanya sebagai ' bahan kajian' kami.. Agak terkejut kami ketika itu. haha.. Tapi, sudah terlalu biasa dengan sikap kebanyakan rakyat Mesir yang boleh dikatakan agak panas baran dan gemar bercakap dengan nada yang tinggi ..

Itulah budaya mereka, yang mana aku rasakan tidak seiring dengan budaya yang Rasulullah s.a.w bawa dahulu kala. Bukan ingin didedahkan keburukan, tetapi itulah hakikatnya . Jika disebut tentang membuang sampah merata-rata , kencing di tepi jalan atau mana saja tembok & pokok yang ada , itulah orang Mesir. Jika diceritakan pula tentang membawa parang atau apa-apa saja barang tajam tika  pergaduhan akibat dari eksiden kenderaan , itu juga lah orang Mesir. Meludah kahak di tepi jalan , mengganggu orang lain dengan menunjukkan 'anu' lelaki  mereka pada wanita luar , menipu pembeli .. itu juga lah antara sikap orang Mesir yang seringkali menimbulkan ketidakpuasan dalam kalangan kami pelajar Malaysia.. Hiba rasanya , sedih melihat bumi Anbiya'  semakin pudar amalan agama yang sepatutnya dipupuk & dikekalkan demi generasi muslim akan datang.. Walaubagaimanapun, mereka juga punya akhlak hasanah (yang baik ) yang boleh diikuti.. Malah kadangkala aku berasa kagum dengan kebaikan dan sikap terpuji tertentu yang mereka amalkan.

Sewaktu pertengkaran itu  berlaku, kami semua terkaku.  Hanya mampu diam membisu.. Tiba-tiba kedengaran suara yang agak lemah dengan wajah berkedut dan penat, ammu itu menegur perbuatan kurang sopan anaknya , memecah kebisuan alam.
Dengan sedikit kekuatan , ammu itu memberitahu tidak mengapa untuk seketika sahaja praktikal itu, untuk budak-budak ini belajar.. ( apa yang aku faham dari pertuturannya ) Tetapi anaknya masih bertegas lantas mengatakan bahawa bapanya kurang sihat , dan tidak sepatutnya praktikal itu diteruskan..
Namun alhamdulilah.. dalam beberapa tika lepas itu, keadaan semakin reda selepas doktor memberi penjelasan kepada anaknya.. jadi dapatlah kami meneruskan sesi praktikal kami tadi dengan aman :p

Pengajaran yang aku peroleh selaku saksi kejadian, dapat aku konklusikan bahawa anak tersebut sebenarnya seorang anak yang baik. Dia tidak mampu melihat ayahnya  terpaksa menggerakkan tubuh badan yang sudah dimakan usia kerna dia sedar keadaan ayahnya yang sangat lemah .
 Kontras pula dengan ammu ini, beliau dapat memahami situasi kami sebagai pelajar , sekadar berusaha untuk mencari sebanyak mana ilmu yang ada sambil mempraktikkan ...

Kerana terdetik perasaan bersalah , aku dan kawan-kawan mengucapkan terima kasih kepada ammu tersebut kerna sudi meluangkan sedikit masa demi kami,  lalu terus beredar pulang... Hmm itulah situasinya yang perlu aku hadapi saat aku sudah bergelar doktor suatu hari nanti in sha Allah... Sikap yang harus aku semai bukan sekadar simpati , bahkan empati (kemampuan seseorang untuk mengenalpasti & merasakan perasaan orang lain) apabila berhadapan dengan pelbagai kemungkinan situasi  pesakit-pesakit ku masa akan datang...


Tuesday 26 February 2013

Kufur nikmat

Assalamualaikum..& hello  :)

Alhamdulilah, hari ini masih ada lagi kudrat untuk aku meneruskan penulisan ku dalam blog.
Beberapa hari ini, aku seolah-olah dapat merasai suatu perasaan yang tenang, yang tak boleh digambarkan dengan kata-kata.. Hari-hari yang aku lalui dari pagi hingga ke malam terasa indah saja.  Sebagai contoh, pagi tadi semasa ke kelas, aku dapat berjumpa dengan kawan-kawan sekuliahku..Bila aku berjumpa mereka, aku beri senyuman. Mereka juga begitu. Senyuman yang tertusuk hingga ke dalam hati. Allah~ nikmat betul rasa hubungan sebegitu kan. Perkara yang sama juga ketika aku dalam perjalanan pulang ke rumah tadi. Senyuman-senyuman manis saja yang aku lihat. Haaa, macam itu lah suasana yang menggembirakan..

 Setidak-tidaknya, dapat membahagiakan orang lain itu juga adalah salah satu ibadah dalam kehidupan..Apatah lagi dengan senyuman, sedekah yang paling mudah & jimat untuk diberi, namun sukar bagi sesetengah orang yang tidak mengerti keindahan hidup bersulamkan Islam. Namun begitu, aku belajar satu perkara. Untuk mendapat apa yang kita mahukan dari orang , seharusnya kita yang memulakan. Dalam erti kata lain, jika inginkan kebaikan dari sesiapa pun, ada baiknya jika kita yang memulakan dahulu. Jangan mengharapkan lebih, sedangkan kita juga tidak melakukan perkara yang sama ..

Aku akui, dalam beberapa hari ini juga, ada saja masalah yang menimpa diri. Tak dapat aku luahkan dan ceritakan, hanya tersemat dalam hati kecil. Cuma bila tibanya masa di mana hati aku sendiri tidak dapat menanggung lagi, terasa perlu untuk aku kongsikan terutamanya bersama mama, ayah dan seorang kawan rapat ku. Alhamdulilah, mereka memahami. Lega, puas, bersyukur saat aku sudah meluahkan walaupun tak semua yang aku kongsikan dengan mereka. Bagi aku, tak semua cerita kita perlu ceritakan, dan tak juga semua orang yang berada sekeliling dapat merasai dan meletakkan diri mereka bersama-sama di tempat yang kita lalui.
 Timbul persoalan di minda ku sendiri.  "Mengapa harus diceritakan masalah kita dengan manusia? sedangkan hidup mereka juga, ada kuasa yang Maha Besar yang menentukan. "
 Seringkali aku memujuk hati sendiri bila ada badai yang melanda jiwa..  " sabarlah hati, suatu hari masa mu akan tiba.. percaya lah, setiap yang ditentukan pasti ada hikmah, pasti ada yang lebih baik yang Dia ingin berikan . Setiap orang punya jalan dan kisah hidup masing-masing.. tak rugi dan tidak menjadi masalah pun andai kata engkau perlu melakukan satu pengorbanan lebih awal dari yang lain. Allah itu maha Adil. "

Yakinlah sahabat, sesungguhnya Allah itu lebih  mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hamba yang Dia kasihi. :')   Buangkan segala perasaan gundah, risau & sedih di hati . Kerana sebenarnya tanpa kita ketahui, ada kuasa di atas yang sedang merencana & menyusun jalan kehidupan yang lebih bererti buat kita.. Mungkin belum tiba masa doa kita dimakbulkan, sebab Allah swt tahu masa yang tepat untuk Dia hadir lebih dekat & berikan bantuan.

Usai saja aku menunaikan solat Asar, tiba-tiba handphone ku berbunyi menandakan ada mesej yang masuk.
Ya Allah~~ alhamdulilah, dapat dengar khabar dari ayah di samping ada berita gembira yang dia beri.
Tanpa berlengah aku terus melakukan sujud syukur. Menitis, benar kata-kataNya...
" Sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat " - Al baqarah ayat 214.. 
"Dan mintalah pertolongan dari Allah itu dengan sabar dan solat, sesungguhnya demikian itu amat berat kecuali bagi orang yang khusyuk dan taat " -  Al baqarah ayat 45..
Tak dapat aku menahan, " ya Allah , ampunkan dosa-dosa ku dan terimalah ibadah ku kerana ini tanda jalan aku menujuMu..  jadikan aku hamba yang bersyukur walaupun aku sedar bahawa kudrat untuk mengangkat takbir itu juga datangnya dari Mu ya Allah. "
 Aku tak mahu jadi hamba yang kufur nikmat, tidak menghargai segala yang telah Kau beri.. mengapa perlu aku menangis & berkeluh kesah bila ada ujian kecil ini datang menyapa. Sedangkan terlalu banyak nikmat lain yang telah aku dapat. Hmm lemah betul hati ini. Andai kata kesusahan dan keperitan ini lebih baik untuk aku menjadi hambaMu yang taat,, maka aku redha ya Rabb.

Teringat sewaktu aku berada di sekolah menengah dahulu, ustaz pernah berpesan.
" Balik rumah nanti, jadi anak yang taat. Bantu selagi apa yang kamu mampu untuk mak dan ayah. Ibadah jangan ditinggal. Lepas makan, kalau kamu tak basuh pinggan, kamu kufur nikmat! Bangun dari tidur, kamu tak kemas katil, kamu kufur nikmat!  Itu lah pesanan ustaz untuk kami semua sebelum meninggalkan asrama.
Huuu kata-kata ustaz itu, kalau tak difahami boleh timbulkan salah faham. Yelah, kadang-kadang bukan tak basuh pinggan sebab tak bersyukur, tapi terasa malas menyelubungi diri . haha. Rindu zaman sekolah dulu.
Maksud ustaz di situ, biarlah kita hargai setiap yang kita peroleh.. tanda-tanda orang yang bersyukur bukan sekadar lafaz di bibir, bahkan perbuatan nya juga .. :)

Bertambah terkesan di hati tentang kekuasaan yang tiada tandingannya.. Aku bersyukur ,  Dia tahu masa dan apa yang terbaik untuk aku.. tidak sia-sia aku mengadu pada Dia. Aku dapat melihat betapa cantiknya susunan yang Dia aturkan untuk aku satu persatu.. Itu lah kesannya andai kita percaya konsep tawakkal itu sendiri. Selepas berusaha, serahkan segalanya pada Dia Maha Bijaksana. Alhamdulilah 'ala kulli hal.. Walaupun ada lagi perkara yang belum selesai, namum takkan putus-putus usaha dan doaku. Ya Allah, andai ini yang perlu aku hadapi, jadikan ia yang terbaik buatku.. amin.

Last but not least,  FORGET ALL YOUR TROUBLES & SAY ALHAMDULILAH .
peace :)


Saturday 23 February 2013

Pencinta bahasa

Assalamualaikum.. &  greetings to all! :)

First of all, just to let you all know, today my blog comes out with its new look! Hee..
 After going through so much difficulties to create this blog by my own , now I am proudly pronounce this is the latest one from me! :D   Honestly, I do asked some help from my housemate to fix here & there. But, only once okay. :p I'm still new in blogging, so there are many things I need to learn more .
The key here, do not ever give up .Practice makes perfect right! :)

So, early in this morning, I asked my friend's opinion about my blog. Emm just to know if there is anything I need to change or improve.. Soo here is some of his comments about mine. ------>
1)  Contents & penulisannya dah agak bagus.. cuma kau perlu ubah perkataan-perkataan yang kau dah pendekkan itu. Maksudnya, tulis dalam perkataan penuh. Jika ditanya pada blogger lain, mereka akan cakap  bahasa yang digunakan perlulah memudahkan pembaca. Lebih bagus kau tukar, sebab aku ini PENCINTA BAHASA. hohoho.
2)  Walaupun kau mix bahasa melayu & english, it is forgiven. keh2. yes! (we are malaysian bro, we speak both languages kan :p )
3)  Walau simple mana pun blog kau, make sure bila pembaca tengok, tak nampak serabut. Kadang kala, simple itu lebih bagus dari warna warni, dan penuh dengan bunga-bunga. (okey, nampak tak dia tengah kondem bunga yang ada dalam blog aku .gggr. )
4)  Latar putih itu sudah bagus, senang nampak isi yang ditulis.
5)  Dan dia ada juga bagi beberapa cadangan idea apa yang boleh ditulis dalam blog ini. Contohnya, boleh buat trivelog atau kisah hidup..mungkin juga promote apa-apa produk. Dia cakap, kemungkinan besar, bila pembaca dah semakin ramai, ada mana-mana agen produk yang nak tumpang iklan di blog, kita boleh buat duit :D
6)   Dia juga bagi contoh-contoh blog yang bagus dari segi bahasa yang digunakan, dari segi kandungannya, dari segi susunan dan wajah blog, dari segi pemikiran dan idea yang diselitkan dalam blog masing-masing..

Whoaaa.. such a long comments huh!  Okay, okay I accept it. :)

Fuhh..  I feel so humble when reading their blogs. The writings & ideas infused show that they are a very knowledgeable people. How can I be as good as them? I realised, I lack the knowledge in many aspects.. However, that thing wont make me feel down. Yet, I take it as a challenge to boost my knowledge. More & more. Yes, that is the spirit!
 I never thought to find many followers or readers for my blog. I just do it for fun. Evenmore, I love writing, but I dont love reading, except for medicine or any useful stuffs. (anyyy useful things that give benefit) :D. So  I will write as much as I can. It is just a feeling of pleasure and enjoyment when I can take them out from my head. But, there is a thing that is much more important than followers & making money from the blog. ONE question here.
 How can I be a good blogger?? Giving benefits to readers, besides of delight them with my life stories. Thats the thing that I really wanna do right now. Thats the main reason why Im making this blog. hm ^^.
I try to be the better one. I've been thinking , if someday Allah take my life, for at least I left some good things for my friends here.
Sabda Rasulullah saw,,  
" Apabila matinya anak Adam, akan terputus segala amalannya kecuali dari tiga sumber iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan oleh orang ramai dan anak soleh yang mendoakan mereka "

In a nutshell, I do need to improve my writing, especially to be a good PENCINTA BAHASA. & ilmu. :D
Still, I will keep the way I'm writing,. senang cerita, biarlah penulisan blogku ini menjadi penulisan yang santai , relax, tak rasa tension untuk aku menulis, membaca ataupun yang sewaktu dengannya .:D
Anyway, thanx a lot sahabat for your advices & reminders . * peace :)




Friday 22 February 2013

It is an Obligation

Assalamualaikum~ :)

Selamat pagi dunia! & salam Jumaat! :D

Alhamdulilah, hari ini bernafas lagi kita kan. Mungkin Allah masih lagi bagi kita peluang untuk membetulkan apa yang kurang betul dalam diri kita sebelum ini.. Sekurang-kurangnya Dia takkan lakukan sesuatu tanpa ada kebaikan untuk hamba2 Dia. Sooo now say alhamdulilah for everything He gave to us all this while!  :)

Hari ini aku bangun subuh dengan satu perasaan yang lain sikit dari lain,.. alhamdulilah, proses nak bangunkan diri sendiri itu tak sesukar hari-hari sebelum ini.. hahah. Usai bangun, aku solat dan baca beberapa helaian ayat-ayat cinta dari Dia buat aku rasa tenang . Selalunya, kuat betul nafsu nak tidur balik. Tapi, buktinya aku bersemangat lain macam adalah aku dapat tulis satu lagi entry for today! :D  Very early in the morning  :D
Itu lagi satu bukti kekuasaan Dia, yang mana Dia boleh anugerahkan segala macam perasaan dalam hati kita. Yelah selain, kita juga yang cuba mengawal hati, tapi Dia yang menetapkan segalanya , right.
Good news in the morning, right after I performed my Solah, I got a message from my bestfriend telling he was safely reached his home yesterday.  Alhamdulilah, nampak Allah bagi dia peluang & kekuatan. :)

By the way, that's not the thing I wanna write today. From what you can read from the title, Im trying to share something about our obligation towards our deen , Islam.. Yaa thats the reason why Im telling you all what I've been doing in this morning.. How wonderful is it , to live according to such a perfect & awesome guidelines , based on what Islam has taught us since many decades ago.
This inspiring Ayah is taken from Quran al Karim.. :-
Firman Allah Taala, maksudnya "Dan hendaklah kamu sekalian berpegang teguh kepada kitab Allah Al-quran.... (103,Al Imran )   ..........  plus this Ayah,,   
"... dan apa jua suruhan yang dibawa oleh Rasulullah saw kepada kamu, maka ambil lah akan dia serta amalkan, dan apa jua yang dilarangnya kamu melakukannya maka patuhilah larangannya.. " (7, Al Hasyr )
kemudian, ayat Al Quran ini diteguhkan pula dari hadith Rasullah SAW ---->
" Dari Abu Hurairah r.a , Nabi saw, bahawa Baginda bersabda : " Aku tinggalkan dalam kalangan kamu dua perkara yang kamu tidak sesekali akan sesat selagi kamu berpegang teguh kepada duanya, iaitu Kitab Allah dan sunnah Rasulullah saw...  "
Nice kan... cukup perfect dah guides yang diberi.. cuma terserah dan terpulang pada diri kita sendiri untuk mempelajari, mengikut dan sedaya upaya mengamalkan secara konsisten. Apa-apa pun, aku hanya sekadar berkongsi apa yang pernah aku tahu dan belajar, sumbernya juga dari yang sohih. Penulisan ini bukanlah berniat-niat untuk menunjuk-nunjuk atau menulis sekadar suka-suka.. Perihal agama, perlu kita ambil tahu dan berkongsi apa yang ada selagi ianya tidak terpesong. Haa, bercakap tentang tanggungjawab atau suruhan menyebarkan ilmu agama, terlintas di fikiranku akan satu hadith ini yang selalu digunakan sewaktu aku belajar di sekolah menengah dulu..
" ....Ballighu 'anni walau Ayah.. "  yang bermaksud sampaikanlah dari ku walaupun satu ayat.    
Dari Abdullah bin 'Amr ra, dari Nabi saw, sabdanya : "Sampaikanlah (apa yang kamu dapat ) dari ku walau satu ayat sekalipun; dan ceritakanlah (apa yg sampai kpd mu) darihal Bani israel dan (dlm pd itu) tidak ada salahnya (kalau kamu tidak ceritakan) . Dan ingatlah!! sesiapa yang berdusta terhadapku dengan sengaja, maka hendaklah ia menyediakan tempatnya dalam neraka.
Aku tidaklah mahir mana, tapi bila difikir dan dikaji, setiap yang diatur dalam kehidupan itu punya petunjuk dan cara yang sempurna untuk dijalani. Subhanallah~ terasa kagum dengan apa yang telah Dia aturkan.. Malah,, jika ditambah lagi dengan kefahaman ayat-ayat Quran, rasa bergetar, terasa kerdilnya kita dalam realiti hidup.  hmm.

Okay, apa-apa pun, mempelajari & mengamalkan itu satu kewajipan.. sekurang-kurangnya, jika tak dapat lakukan yang sunat, pastikan yang wajib itu kita tidak tinggalkan. Then, time by time bila tergerak di hati  "aku mampu untuk tambah amalan sunat" , maka jangan was was dan bertangguh, terus lakukan ia dengan segera.  Itu ikut pengalaman yang aku pernah lalui laa.. tapi setiap orang , lain caranya kan, walaupun arah kita tetap sama iaitu mencari redha Ilahi.. In sha Allah~  

Em.. sebenarnya, banyak sangat amalan sunat yang kita boleh dijadikan amalan harian. Percayalah, satu hari nanti bila amalan itu tak dibuat, rasa ada saja yang kurang walaupun dah setel yang wajib . Sebagai contoh,, dari awal pagi, kita boleh cuba biasakan diri dengan solat rawatib, iaitu solat sunat sebelum subuh.. & ada juga solat rawatib sebelum mahupun selepas pada solat wajib yang lain. Haa itu perlu dikorek sendiri la cara dan bila waktu yang boleh dilakukan. Cuba cari dan belajar, dapat pahala.  ;)
Selain itu, boleh juga membaca Ma'thurat. Tak dapat pagi dan petang, dapat satu kali sehari pun sudah memadai untuk permulaan .. berzikir, berselawat..membaca Quran ( usahakan paling kurang 2 helai dalam sehari) .. dan  puasa sunat Isnin dan Khamis.. Aku pernah terbaca tentang kelebihan berpuasa Isnin khamis , yang mana pada hari-hari ini lah semua catatan amalan kita dibawa naik ke atas.. Itu yang akan aku fikirkan bila nak dapat kekuatan untuk berpuasa sunat. Soo, korng taknak ke pada hari amalan kita dihitung, kita sedang berpuasa ?? Konpem nak untung jugak ;)

Cant be denied, it is difficult to be consistent.. I do experience it too. But pray lots, be strong. in sha Allah, He will help & ease our way.. :)  Amalan ini bukanlah kerna kita mahu jadikan ia adat, tapi tajdid lah (perbaharui ) niat supaya kita lakukan ini semata kerana Allah,. berusaha mnjadi muslim yg lebih baik.. tak rugi rasanya kita lakukan sesuatu yang baik & beri keuntungan pada kita dunia akhirat.   Pernah dulu sahabat Rasullah saw (maaf tak ingat nama sahabat) berkata,,  " Lagi indahnya jikalau tidak dicipta syurga atau neraka, agar aku dapat beribadah itu semata2 kerana Penciptaku.. "  ^_^

Hmm.. aku rasa itu cukup dulu buat masa ini, banyak lagi masa & peluang untuk berkongsi pada entry lain, in sha Allah~
Heee aku nak kena belajar ni, 3 weeks left before my mid semester test start. whoaaa kena rajin! walaupun most of the time memang pemalas! gggr.
Till we meet again dear friends! See ya! :)





Thursday 21 February 2013

Aint a good start for today :(

Assalamualaikum~~

Selamat pagi Egypt & selamat petang Malaysia!!   :)

Okay, sebenarnya hari ini nak tulis entry lain.. tapi, pagi tadi tiba-tiba dapat berita yang tak berpa baik.. Innalillah~
My bestfriend accident,, kena langgar dan dihimpit treler malam semalam *based on what his friend told me* .. huhh. tak tahu macam mana nak bayangkan teruknya keadaan semasa eksiden itu.. From the news I got, now he is admitted into the hospital in Perak... Broke 1 of his leg. And Im still waiting for any update from his friends..Evenmore, they said he was in semiconscious. Can't remember everything well.  Maybe he's still shocked after the incident happened. Hopefully everythings gonna be fine..
Takdir Allah, this is the second time he involved in an accident in this year.The first time was in January 14, which is on my birthday.. whoaaa 'big surprise' huh.  Tapi that time alhamdulilah, keadaan dia quite okay compared to this time. Eksiden yang lepas dia luka-luka dan sengal-sengal badan.. Itu pun dah ambil masa dalam seminggu lebih untuk pulih.. Tapi kali ni patah pula..
 However, my prayer will always be with him. Ukhwah fillah abadan abada :) Get well soon babe.. I need you to share my stories..

Wednesday 20 February 2013

Solving problems. Hmh!

Assalamualaikum.. :)

 Hello ~ , we meet again in my new entry for today. Haa dah baca title itu, what did you all think in your mind. ? :D  Actually, bukan lah ada apa sangat , it just about the problem Im having with my own self right now. Bad mood sendiri tak pasal-pasal..rasa nak tidur jee all the day, rasa nak makan all the time, even dah ada  a few classes i skipped! and paling stress bila nak solat tu pun dah hujung-hujung waktu. Arghh. This thing surely makes me feel stress! hoho..  Yaa maybe juga sebab dah akhir-akhir bulan kan. Based on my freaky experiences, usually bila dah dekat hari-hari bendera merah berkibar, my hormones rush like crazy in my body! *  dont ask me how it happens, it needs lots of explanation. huhu. By the way, its just a term to describe how 'crazy' I am during my menstrual week. =.=
Perhaps this intro is quite embarassing, especially to the women outside there. But, guys, be open minded. We are now in the developed country with multi advanced technology. Same goes to us. Our thoughts should also be in line with these progresses. All right ? GOOD :p

SO!  how can I deal wisely to get over this problem ?? Here some tips I got from few of my readings lately. Basically the topic is not bout how to deal with PMS or we called it pre menstrual syndrome . Dalam kalangan orang melayu, kita selalu sebut PMS ini sebagai tanda-tanda bulan nak datang atau symptoms bendera tengah berkibar. Soo time tu, kena faham-faham sendiri lah kalau tiba-tiba kena tengking atau dijeling tajam oleh mana-mana perempuan. ahakz. These tips basically tell and help you how to let off your sadness, sorrow, grief , bad mood , and blah blah blah. Yelah, aku rasa sedikit sebanyak PMS itu adalah antara punca yang  menyebabkan kita boleh rasa stress and sedih kan.Tiba-tiba ditambah pula dengan masalah  itu, masalah ini yang entah datang dari mana. (perempuan kan. memang macam-macam. susah nak faham. even diri aku sendri ini pun, aku tak berapa nak khatam lagi. :D ) memey boleh buat serabut kepala aku ngoyak kat mu.  hahah. So aku rasa tips ini agak menjadi untuk aku. Try this. It may help. More or less you will feel relief. In sha Allah :)

                                  1. Latih Minda Melupakan Kenangan Pahit

Bunyinya senang nak dibuat, tapi perlu diaplikasi berterusan. Mengaku saja Anda sering merasa sedih sebab banyak kali mengingat kenangan pahit atau selalu kembali ke memori silam yang lalu, betul tak? Kita kena cut connection feeling kita dengan emosi yang lalu.

Mulai hari ini, tekad untuk melupakan semua tu, selupa yang mungkin, kasi kosong abis! Bulatkan azam untuk memfokus kepada masa depan Anda.
Anda takkan dapat melupakan kesemua memori pahit sekaligus, tapi lakukan STEP BY STEP dengan mengalihkan perhatian Anda kepada perkara lain. Proses ini mengambil masa, tapi ia boleh dipercepatkan dengan disiplin diri.

2. Buang Sikap Risau. 

Ada dua kesan dari sikap risau ni, pertama ia menarik nasib tak baik, masalah dan musibah tanpa Anda pinta. Kedua, memberi kesan buruk pada kesihatan Anda dari segi fizikal dan mental. Risau membuat Anda selalu menjadi sedih dan kecewa, kekadang takut. Untuk buang sikap risau, BELAJAR UTK BERTENANG dan latih diri Anda MENGAWAL.

3. Belajar Rajin Bersyukur. 

Ucap syukur atas kesemua yang Anda ada, apa saja! Misalnya, ucap syukur kerana Anda masih ada 5 deria yang lengkap, Anda boleh melihat dan menarik nafas tiap kali bangun tidur (dan bukannya bangun terus sakit jantung mahpun sudah berada di ALAM KEDUA), Anda ada kawan rapat yang memahami Anda dan Anda mempunya hanphone kesayangan Anda. Ucap syukur seikhlas hati, sebanyak yang mungkin, seikhlas mungkin hingga rasa syukur tu meresap jauh ke dalam diri Anda. Buat banyak kali dalam sehari.

4. Belajar Menjadi Pemaaf

Sikap pemaaf dapat membersihkan hati dari perasaan negatif dan emosi-emosi negatif (takut, sedih, kecewa. gusar, menyampah, marah, geram, cemburu, tak puas hati, dendam, busuk hati). Seterusnya, meneutrakan gekombang fikiran negatif yang melekat bersarang di minda Anda.
* Ketahuilah, Anda selalu rasa sedih dan kecewa kerana Anda tak memaafkan kesalahan diri Anda di masa lalu ataupun Anda tak memaafkan kesalahan orang lain tehadap diri Anda satu ketika dulu, ataupun… Anda susah menerima hakikat perbuatan salah orang lain terhadap diri Anda, yang membuat Anda sedih, kecewa dan geram tahap dewa..belajar menjadi pemaaf dan menghapus semua ni lalu menarik ketenangan datang pada diri Anda.

5. Ketawa, Ketawa Dan Terus Ketawa

Ketawa bukan dibuat-buat, tapi biar ketawa yang benar-benar menggembirakan Anda dan menjadikan Anda girang. Tonton video yang lucu, baca cerita yang lucu, dekatkan diri Anda dengan rakan-rakan yang lucu serta cari “funny side” dalam setiap situasi, agar Anda boleh ketawa secara automatik. Ketawa dapat menghilangkan sedih. Buat apa LAYAN kecewa sedangkan Anda boleh ketawa?

6. Ubah Fikiran 

Kita tak boleh merubah situasi yang boleh membuat kita kecewa, sedih dan murung. Tapi, kita BOLEH MERUBAH FIKIRAN kita dan apa yang kita fikirkan tentang situasi-situasi tersebut walau seburuk manapun ia.  Walaupun perkara tidak berpihak kepada Anda, cari cara bagaimana Anda boleh jumpa nilai-nilai positif di dalamnya.Fikir yang baik-baik saja, kerana ia memberi keuntungan jangka masa panjang. .

7. Hati Mesti ‘Keras’ 

Bukan keras sembarangan, maksudnya kekerasan hati, kesabaran yang tinggi, pandai mengawal emosi dan menerima hakikat dengan hati terbuka. Allah menurunkan musibah, permasalahan dan macam-macam lagi bukan sekadar dugaan, tapi balasan pada perbuatan-perbuatan Anda di masa lalu.
Buat baik, dibalas baik, begitu juga sebaliknya. Cuba ingat balik kejahatan kecil yang Anda lakukan pada orang lain, mungkin ada walau Anda tak sedar. Itulah perlunya kita bersikap baik dan berfikir yang baik-baik pada semua orang, benda, perkara, situasi dan keadaan.
Sebelum masuk tidur, set minda untuk jadi ceria pada keesokan harinya. Lafazkan dengan nada berbisik. Relaks, jangan terlalu mendesak diri.
Selepas bangun tidur, katakan pada diri ini adalah hari yang baru untuk Anda.
8. Jangan Lupa ALLAH 
Ini yang paling penting, perbanyakkan membaca qur’an dan sentiasa memikirkan sesuatu yang terjadi pasti ada hikmah di sebaliknya. SOLAT jgn tggal. Lbh bagus ditambah dgn kefahaman ayat2 Al Quran kerna di situ ADA JALAN ;)


 Those long explanation will tell you what you should do in details. DO read them! :p  *peace :) 

Till we meet again in the next entry. See  ya!  <3 




Tuesday 19 February 2013

Bagaimana ia bermula :D

Bismillahirrahmanirahim..

Assalamualaikum ,, :)

Hee actually this is my first blog, since about 21 years and 1 month I live on this world. HAHA. Whatever it is,  I believe there's never a concept of  'too late'  if we really are determine to try something new & good right.? Though I know, org lain dah berkurun, berzaman doing blogging.  but why should I care huh. ;)
 Okey, for a good start. hehe. Let me share something that is maybe quite cliche. Yet if you read this, & something like "perh ,taknak aku baca blog dia. I don't really like her either."  or  " ya Allah, are you serious ?? is this your really first time" orrr
" bosan lah, baik aku baca blog lain. starting pun macam entah apa-apa..  "  cross in your mind, then you better click for another thing in your new tab . *peace no war ;D

Emm, actually I used to write stories or anythng beneficial & knowledgable . Its just not publicly published becauseeee Im prefer to write those things that happened in my life in my personal diary. It sounds old school , but it is soo interesting!  And for your information, I have more than 2 diaries before this. Almost everyday, I'll never miss write something in it. Day & night :D  The part that most interesting is when I gave one of the diaries to one bestfriend of mine.  The story began bout 4 years back. That time, im thinking of,, "babe, if you have my diary, then you wont easily forget me as your closest friend."  cerita zaman dahulu kala. :D


Since then, aku terima offer to further my studies in overseas. ahakz, overseas sound soo awesome. ZZZ..  Now, I'm already in the third year in medical school in Egypt. University of Mansoura. Mula berjinak-jinak dengan medic, aku kurang spend time dengan diary dah. Maybe I've spent most of my time focusing on my new life. Its like you know~~ for the first time we step in a new , totally different world , much stuffs we need to handle & tackle by our own. Try to adapt with the environment, the people, new friends, & most important how to master one of the hardest profession in the world which is MEDICINE. Senang cerita , semua benda dah baru . Lagi-lagi, jauh dari family. Walaupun aku dah biasa berjauhan dengan mereka sebab sebelum ini  pun dah 5 tahun dalam boarding school dekat Kajang. Tapi, kali ini memang sangat berbeza. Semuanya memang tanggungjawab atas diri sendiri . Haa okey ini macam dah agak jauh dari apa yang aku nak tulis sebenarnya. haha. Maybe I save this story for another entry all right. :P
Anyway, aku nak sambung macam mana aku boleh terjebak pula nak buat blog ni haa. Its all because of my firasat nak lebih berjimat-jimat , taknak dah spend beli buku untuk diaries. And it is so cool when something crosses in your mind, and you wanna get them out from your brain, you on the laptop and quickly type those things whilst staring at the screen & concentrate on the words you want to type correctly. ahakz. No more pens or books needed. Its only your laptop and YOU ! :p  Plus, aku rasa life aku sangat lah LIFE sampai kan aku terfikir untuk catat ia menjadi something precious though they are painful. Yeahh that's the bitter sweet of life right. Kehidupan yang diberi pinjam sementara waktu oleh Dia yang berkuasa sebelum tempuh ke alam yg lbh kekal :)  And not to be forgetten, how I got the adrress for my cutey blog?? Disebabkan dah lame sebenarnye planning untuk buat blog, macam-macam sangat dah benda yang terlintas dalam kepala ini untuk cantikkan blog sndri. Sooo. heart of az zahra'. Azzahra' is kinda my favourate name.  Entah kenapa, mungkin kerna sebutannya yang agak sedap didengar. :D But the thing that I wanna stress on here is , there's a special story behind this beautiful name. MashaAllah~
 AzZahra' atau dalam bahasa melayu nya bermaksud terang benderang. Do you all know a legend woman named Fatimah Azzahra' ? Yess. she is the daughter of our beloved Prophet, Rasulullah s.a.w. and why does she is called Azzahra'? Lets check it out ;)

" Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, :Sesungguhnya putriku adalah penghulu kaum wanita di seluruh alam sejak awal sampai akhir zaman.Ia bahagian dariku & cahaya mataku.;ia bunga hatiku & ia adlh jiwaku. Ialah bidadari berwujud manusia, yg kapan pun mendirikan solat di hadapan Tuhannya SWT, cahayanya menerangi langit bagi para malaikat , seperti bintang-bintang menyinari penghuni bumi.( hadith ini menjelaskan makna & sebab Fatimah digelar Az Zahra') "        
dannn...... berkata juga Imam Ali as: " Setiap kali aku dalam kesulitan atau kesedihan , pasti aku akan melihat Fatimah , maka akan hilanglah semua kesulitan & kesedihan tersebut ."
Itu lah kisahnya kenapa aku terdetik nak letak nama tu. Supaya apa-apa saja yang aku tulis dalam blog ni nanti , harapnya akan bersinar-sinar lah dengan contents yang berguna..Selain dari aku bercita-cita untuk jadi wanita seperti beliau . hm :)  I hope, this blog would give benefits to anyone yang terlintas ,terbuka blog aku ini, or for at least, it will benefit the nearest person which is my own self.

 Haa ni lupa nak bagitahu. Nak dijadikan cerita, yes, my bestfriend & I met again after 4 years kitorang lost contact.  That's the truth man! you have to trust me! :D  Tak sangka-sangka , kawan yang aku selalu rindu itu, akhirnya kami berhubung semula melalui FB & macam-macam lah cerita lama yang keluar.. Paling best, dia tak lupa baca diari aku . ehek. Mungkin, ketika itu 'org itu' adalah antara yang dekat di hati.. dan aku tak berapa nak kisah kalau kongsi life's story aku dengan dia.   Itu lah antara cerita yang mungkin boleh dikenang sampai bila-bila. A sweet moment between us, which in Islam we called that as ukhwah fillah ? ihik. 
Emm rasanya ini saja dulu, sebenarnya memang banyak nak dismbung, tapi tak mahu sebab benda ini tak berapa penting untuk aku tulis tersangat panjang kan. Enough with how Im started doing this very simple blog , for at least when I grow up & become old I can laugh at myself back. keh3.