Friday 22 February 2013

It is an Obligation

Assalamualaikum~ :)

Selamat pagi dunia! & salam Jumaat! :D

Alhamdulilah, hari ini bernafas lagi kita kan. Mungkin Allah masih lagi bagi kita peluang untuk membetulkan apa yang kurang betul dalam diri kita sebelum ini.. Sekurang-kurangnya Dia takkan lakukan sesuatu tanpa ada kebaikan untuk hamba2 Dia. Sooo now say alhamdulilah for everything He gave to us all this while!  :)

Hari ini aku bangun subuh dengan satu perasaan yang lain sikit dari lain,.. alhamdulilah, proses nak bangunkan diri sendiri itu tak sesukar hari-hari sebelum ini.. hahah. Usai bangun, aku solat dan baca beberapa helaian ayat-ayat cinta dari Dia buat aku rasa tenang . Selalunya, kuat betul nafsu nak tidur balik. Tapi, buktinya aku bersemangat lain macam adalah aku dapat tulis satu lagi entry for today! :D  Very early in the morning  :D
Itu lagi satu bukti kekuasaan Dia, yang mana Dia boleh anugerahkan segala macam perasaan dalam hati kita. Yelah selain, kita juga yang cuba mengawal hati, tapi Dia yang menetapkan segalanya , right.
Good news in the morning, right after I performed my Solah, I got a message from my bestfriend telling he was safely reached his home yesterday.  Alhamdulilah, nampak Allah bagi dia peluang & kekuatan. :)

By the way, that's not the thing I wanna write today. From what you can read from the title, Im trying to share something about our obligation towards our deen , Islam.. Yaa thats the reason why Im telling you all what I've been doing in this morning.. How wonderful is it , to live according to such a perfect & awesome guidelines , based on what Islam has taught us since many decades ago.
This inspiring Ayah is taken from Quran al Karim.. :-
Firman Allah Taala, maksudnya "Dan hendaklah kamu sekalian berpegang teguh kepada kitab Allah Al-quran.... (103,Al Imran )   ..........  plus this Ayah,,   
"... dan apa jua suruhan yang dibawa oleh Rasulullah saw kepada kamu, maka ambil lah akan dia serta amalkan, dan apa jua yang dilarangnya kamu melakukannya maka patuhilah larangannya.. " (7, Al Hasyr )
kemudian, ayat Al Quran ini diteguhkan pula dari hadith Rasullah SAW ---->
" Dari Abu Hurairah r.a , Nabi saw, bahawa Baginda bersabda : " Aku tinggalkan dalam kalangan kamu dua perkara yang kamu tidak sesekali akan sesat selagi kamu berpegang teguh kepada duanya, iaitu Kitab Allah dan sunnah Rasulullah saw...  "
Nice kan... cukup perfect dah guides yang diberi.. cuma terserah dan terpulang pada diri kita sendiri untuk mempelajari, mengikut dan sedaya upaya mengamalkan secara konsisten. Apa-apa pun, aku hanya sekadar berkongsi apa yang pernah aku tahu dan belajar, sumbernya juga dari yang sohih. Penulisan ini bukanlah berniat-niat untuk menunjuk-nunjuk atau menulis sekadar suka-suka.. Perihal agama, perlu kita ambil tahu dan berkongsi apa yang ada selagi ianya tidak terpesong. Haa, bercakap tentang tanggungjawab atau suruhan menyebarkan ilmu agama, terlintas di fikiranku akan satu hadith ini yang selalu digunakan sewaktu aku belajar di sekolah menengah dulu..
" ....Ballighu 'anni walau Ayah.. "  yang bermaksud sampaikanlah dari ku walaupun satu ayat.    
Dari Abdullah bin 'Amr ra, dari Nabi saw, sabdanya : "Sampaikanlah (apa yang kamu dapat ) dari ku walau satu ayat sekalipun; dan ceritakanlah (apa yg sampai kpd mu) darihal Bani israel dan (dlm pd itu) tidak ada salahnya (kalau kamu tidak ceritakan) . Dan ingatlah!! sesiapa yang berdusta terhadapku dengan sengaja, maka hendaklah ia menyediakan tempatnya dalam neraka.
Aku tidaklah mahir mana, tapi bila difikir dan dikaji, setiap yang diatur dalam kehidupan itu punya petunjuk dan cara yang sempurna untuk dijalani. Subhanallah~ terasa kagum dengan apa yang telah Dia aturkan.. Malah,, jika ditambah lagi dengan kefahaman ayat-ayat Quran, rasa bergetar, terasa kerdilnya kita dalam realiti hidup.  hmm.

Okay, apa-apa pun, mempelajari & mengamalkan itu satu kewajipan.. sekurang-kurangnya, jika tak dapat lakukan yang sunat, pastikan yang wajib itu kita tidak tinggalkan. Then, time by time bila tergerak di hati  "aku mampu untuk tambah amalan sunat" , maka jangan was was dan bertangguh, terus lakukan ia dengan segera.  Itu ikut pengalaman yang aku pernah lalui laa.. tapi setiap orang , lain caranya kan, walaupun arah kita tetap sama iaitu mencari redha Ilahi.. In sha Allah~  

Em.. sebenarnya, banyak sangat amalan sunat yang kita boleh dijadikan amalan harian. Percayalah, satu hari nanti bila amalan itu tak dibuat, rasa ada saja yang kurang walaupun dah setel yang wajib . Sebagai contoh,, dari awal pagi, kita boleh cuba biasakan diri dengan solat rawatib, iaitu solat sunat sebelum subuh.. & ada juga solat rawatib sebelum mahupun selepas pada solat wajib yang lain. Haa itu perlu dikorek sendiri la cara dan bila waktu yang boleh dilakukan. Cuba cari dan belajar, dapat pahala.  ;)
Selain itu, boleh juga membaca Ma'thurat. Tak dapat pagi dan petang, dapat satu kali sehari pun sudah memadai untuk permulaan .. berzikir, berselawat..membaca Quran ( usahakan paling kurang 2 helai dalam sehari) .. dan  puasa sunat Isnin dan Khamis.. Aku pernah terbaca tentang kelebihan berpuasa Isnin khamis , yang mana pada hari-hari ini lah semua catatan amalan kita dibawa naik ke atas.. Itu yang akan aku fikirkan bila nak dapat kekuatan untuk berpuasa sunat. Soo, korng taknak ke pada hari amalan kita dihitung, kita sedang berpuasa ?? Konpem nak untung jugak ;)

Cant be denied, it is difficult to be consistent.. I do experience it too. But pray lots, be strong. in sha Allah, He will help & ease our way.. :)  Amalan ini bukanlah kerna kita mahu jadikan ia adat, tapi tajdid lah (perbaharui ) niat supaya kita lakukan ini semata kerana Allah,. berusaha mnjadi muslim yg lebih baik.. tak rugi rasanya kita lakukan sesuatu yang baik & beri keuntungan pada kita dunia akhirat.   Pernah dulu sahabat Rasullah saw (maaf tak ingat nama sahabat) berkata,,  " Lagi indahnya jikalau tidak dicipta syurga atau neraka, agar aku dapat beribadah itu semata2 kerana Penciptaku.. "  ^_^

Hmm.. aku rasa itu cukup dulu buat masa ini, banyak lagi masa & peluang untuk berkongsi pada entry lain, in sha Allah~
Heee aku nak kena belajar ni, 3 weeks left before my mid semester test start. whoaaa kena rajin! walaupun most of the time memang pemalas! gggr.
Till we meet again dear friends! See ya! :)





No comments:

Post a Comment