Wednesday 27 February 2013

Si bapa . anak. & mesir.

Assalamualaikum .. :)

Hari ini adalah hari yang terakhir aku menghadiri kelas untuk kes ketiga kami belajar di kuliah. Seperti yang telah ditetapkan oleh chief tutor, semester kali ini aku mendapat cuti pada hari Khamis & Jumaat. (memang di Mesir, Jumaat adalah hari cuti untuk semua orang ).  Ini jadual yang aku ikuti selama minggu ini...

third case timetable

Memandangkan aku sudah berada di tahun tiga perubatan, aku perlu dibiasakan dengan asas-asas sebelum melangkah ke alam klinikal pada semester yang akan datang.   Kebanyakan kelas aku juga lebih melibatkan ilmu-ilmu atau pemahaman untuk memudahan proses klinikal nanti.. Kini kumpulan aku terletak dibawah group C.. jadi seperti yang tertera , hari ini aku telah pun pergi ke hospital untuk menghadiri kelas praktikal di Chest Department , di salah satu hospital di Mansoura..
Kes yang diberi pada minggu ini ialah berkaitan satu penyakit yang dipanggil ' Liver Cell Failure ' atau dengan bahasa mudahnya seseorang yang menghidap masalah hati..

Selepas mendengar beberapa penjelasan dari doktor di hospital , aku & rakan-rakan telah dibawa ke satu ward untuk berjumpa dengan salah seorang rakyat mesir yang menghidap penyakit ini..  Dari fizikalnya, pakcik (atau dalam bahasa arab golongan ini  lebih mesra dipanggil 'ammu' ) ,,  umurnya mungkin sekitar 60 tahun.. Memang jelas kelihatan penyakitnya, di mana aku maksudkan jika kita memerhati tanda-tanda yang ada dari kepala hinggalah ke kaki , penyakit itu mungkin agak senang untuk dikenalpasti.. Tapi ia bukan lah semudah itu, kerana terlalu banyak kemungkinan atau punca lain bagi setiap penyakit walaupun tanda-tanda yang dihadapi oleh pesakit adalah lebih kurang sama..
Ammu itu ditemani seorang anak lelakinya sepanjang kami berada di situ... Sewaktu doktor sedang  melakukan demonstrasi , tiba-tiba berlaku sedikit pertengkaran antara anak lelaki tersebut dan doktorku . Berdasarkan sedikit ilmu bahasa Arab yang tersemat , dia seakan-akan memarahi doktor kerana menggunakan bapanya sebagai ' bahan kajian' kami.. Agak terkejut kami ketika itu. haha.. Tapi, sudah terlalu biasa dengan sikap kebanyakan rakyat Mesir yang boleh dikatakan agak panas baran dan gemar bercakap dengan nada yang tinggi ..

Itulah budaya mereka, yang mana aku rasakan tidak seiring dengan budaya yang Rasulullah s.a.w bawa dahulu kala. Bukan ingin didedahkan keburukan, tetapi itulah hakikatnya . Jika disebut tentang membuang sampah merata-rata , kencing di tepi jalan atau mana saja tembok & pokok yang ada , itulah orang Mesir. Jika diceritakan pula tentang membawa parang atau apa-apa saja barang tajam tika  pergaduhan akibat dari eksiden kenderaan , itu juga lah orang Mesir. Meludah kahak di tepi jalan , mengganggu orang lain dengan menunjukkan 'anu' lelaki  mereka pada wanita luar , menipu pembeli .. itu juga lah antara sikap orang Mesir yang seringkali menimbulkan ketidakpuasan dalam kalangan kami pelajar Malaysia.. Hiba rasanya , sedih melihat bumi Anbiya'  semakin pudar amalan agama yang sepatutnya dipupuk & dikekalkan demi generasi muslim akan datang.. Walaubagaimanapun, mereka juga punya akhlak hasanah (yang baik ) yang boleh diikuti.. Malah kadangkala aku berasa kagum dengan kebaikan dan sikap terpuji tertentu yang mereka amalkan.

Sewaktu pertengkaran itu  berlaku, kami semua terkaku.  Hanya mampu diam membisu.. Tiba-tiba kedengaran suara yang agak lemah dengan wajah berkedut dan penat, ammu itu menegur perbuatan kurang sopan anaknya , memecah kebisuan alam.
Dengan sedikit kekuatan , ammu itu memberitahu tidak mengapa untuk seketika sahaja praktikal itu, untuk budak-budak ini belajar.. ( apa yang aku faham dari pertuturannya ) Tetapi anaknya masih bertegas lantas mengatakan bahawa bapanya kurang sihat , dan tidak sepatutnya praktikal itu diteruskan..
Namun alhamdulilah.. dalam beberapa tika lepas itu, keadaan semakin reda selepas doktor memberi penjelasan kepada anaknya.. jadi dapatlah kami meneruskan sesi praktikal kami tadi dengan aman :p

Pengajaran yang aku peroleh selaku saksi kejadian, dapat aku konklusikan bahawa anak tersebut sebenarnya seorang anak yang baik. Dia tidak mampu melihat ayahnya  terpaksa menggerakkan tubuh badan yang sudah dimakan usia kerna dia sedar keadaan ayahnya yang sangat lemah .
 Kontras pula dengan ammu ini, beliau dapat memahami situasi kami sebagai pelajar , sekadar berusaha untuk mencari sebanyak mana ilmu yang ada sambil mempraktikkan ...

Kerana terdetik perasaan bersalah , aku dan kawan-kawan mengucapkan terima kasih kepada ammu tersebut kerna sudi meluangkan sedikit masa demi kami,  lalu terus beredar pulang... Hmm itulah situasinya yang perlu aku hadapi saat aku sudah bergelar doktor suatu hari nanti in sha Allah... Sikap yang harus aku semai bukan sekadar simpati , bahkan empati (kemampuan seseorang untuk mengenalpasti & merasakan perasaan orang lain) apabila berhadapan dengan pelbagai kemungkinan situasi  pesakit-pesakit ku masa akan datang...


2 comments:

  1. Penulisan yang menjentik sahsiah warga masyarakat. Perkongsian pengalaman yang amat menarik. Moga manfaatnya tersebar luas. Insya Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. inshaAllah,, anw thnx for the viewpoints weyh :)

      Delete