Wednesday 20 February 2013

Solving problems. Hmh!

Assalamualaikum.. :)

 Hello ~ , we meet again in my new entry for today. Haa dah baca title itu, what did you all think in your mind. ? :D  Actually, bukan lah ada apa sangat , it just about the problem Im having with my own self right now. Bad mood sendiri tak pasal-pasal..rasa nak tidur jee all the day, rasa nak makan all the time, even dah ada  a few classes i skipped! and paling stress bila nak solat tu pun dah hujung-hujung waktu. Arghh. This thing surely makes me feel stress! hoho..  Yaa maybe juga sebab dah akhir-akhir bulan kan. Based on my freaky experiences, usually bila dah dekat hari-hari bendera merah berkibar, my hormones rush like crazy in my body! *  dont ask me how it happens, it needs lots of explanation. huhu. By the way, its just a term to describe how 'crazy' I am during my menstrual week. =.=
Perhaps this intro is quite embarassing, especially to the women outside there. But, guys, be open minded. We are now in the developed country with multi advanced technology. Same goes to us. Our thoughts should also be in line with these progresses. All right ? GOOD :p

SO!  how can I deal wisely to get over this problem ?? Here some tips I got from few of my readings lately. Basically the topic is not bout how to deal with PMS or we called it pre menstrual syndrome . Dalam kalangan orang melayu, kita selalu sebut PMS ini sebagai tanda-tanda bulan nak datang atau symptoms bendera tengah berkibar. Soo time tu, kena faham-faham sendiri lah kalau tiba-tiba kena tengking atau dijeling tajam oleh mana-mana perempuan. ahakz. These tips basically tell and help you how to let off your sadness, sorrow, grief , bad mood , and blah blah blah. Yelah, aku rasa sedikit sebanyak PMS itu adalah antara punca yang  menyebabkan kita boleh rasa stress and sedih kan.Tiba-tiba ditambah pula dengan masalah  itu, masalah ini yang entah datang dari mana. (perempuan kan. memang macam-macam. susah nak faham. even diri aku sendri ini pun, aku tak berapa nak khatam lagi. :D ) memey boleh buat serabut kepala aku ngoyak kat mu.  hahah. So aku rasa tips ini agak menjadi untuk aku. Try this. It may help. More or less you will feel relief. In sha Allah :)

                                  1. Latih Minda Melupakan Kenangan Pahit

Bunyinya senang nak dibuat, tapi perlu diaplikasi berterusan. Mengaku saja Anda sering merasa sedih sebab banyak kali mengingat kenangan pahit atau selalu kembali ke memori silam yang lalu, betul tak? Kita kena cut connection feeling kita dengan emosi yang lalu.

Mulai hari ini, tekad untuk melupakan semua tu, selupa yang mungkin, kasi kosong abis! Bulatkan azam untuk memfokus kepada masa depan Anda.
Anda takkan dapat melupakan kesemua memori pahit sekaligus, tapi lakukan STEP BY STEP dengan mengalihkan perhatian Anda kepada perkara lain. Proses ini mengambil masa, tapi ia boleh dipercepatkan dengan disiplin diri.

2. Buang Sikap Risau. 

Ada dua kesan dari sikap risau ni, pertama ia menarik nasib tak baik, masalah dan musibah tanpa Anda pinta. Kedua, memberi kesan buruk pada kesihatan Anda dari segi fizikal dan mental. Risau membuat Anda selalu menjadi sedih dan kecewa, kekadang takut. Untuk buang sikap risau, BELAJAR UTK BERTENANG dan latih diri Anda MENGAWAL.

3. Belajar Rajin Bersyukur. 

Ucap syukur atas kesemua yang Anda ada, apa saja! Misalnya, ucap syukur kerana Anda masih ada 5 deria yang lengkap, Anda boleh melihat dan menarik nafas tiap kali bangun tidur (dan bukannya bangun terus sakit jantung mahpun sudah berada di ALAM KEDUA), Anda ada kawan rapat yang memahami Anda dan Anda mempunya hanphone kesayangan Anda. Ucap syukur seikhlas hati, sebanyak yang mungkin, seikhlas mungkin hingga rasa syukur tu meresap jauh ke dalam diri Anda. Buat banyak kali dalam sehari.

4. Belajar Menjadi Pemaaf

Sikap pemaaf dapat membersihkan hati dari perasaan negatif dan emosi-emosi negatif (takut, sedih, kecewa. gusar, menyampah, marah, geram, cemburu, tak puas hati, dendam, busuk hati). Seterusnya, meneutrakan gekombang fikiran negatif yang melekat bersarang di minda Anda.
* Ketahuilah, Anda selalu rasa sedih dan kecewa kerana Anda tak memaafkan kesalahan diri Anda di masa lalu ataupun Anda tak memaafkan kesalahan orang lain tehadap diri Anda satu ketika dulu, ataupun… Anda susah menerima hakikat perbuatan salah orang lain terhadap diri Anda, yang membuat Anda sedih, kecewa dan geram tahap dewa..belajar menjadi pemaaf dan menghapus semua ni lalu menarik ketenangan datang pada diri Anda.

5. Ketawa, Ketawa Dan Terus Ketawa

Ketawa bukan dibuat-buat, tapi biar ketawa yang benar-benar menggembirakan Anda dan menjadikan Anda girang. Tonton video yang lucu, baca cerita yang lucu, dekatkan diri Anda dengan rakan-rakan yang lucu serta cari “funny side” dalam setiap situasi, agar Anda boleh ketawa secara automatik. Ketawa dapat menghilangkan sedih. Buat apa LAYAN kecewa sedangkan Anda boleh ketawa?

6. Ubah Fikiran 

Kita tak boleh merubah situasi yang boleh membuat kita kecewa, sedih dan murung. Tapi, kita BOLEH MERUBAH FIKIRAN kita dan apa yang kita fikirkan tentang situasi-situasi tersebut walau seburuk manapun ia.  Walaupun perkara tidak berpihak kepada Anda, cari cara bagaimana Anda boleh jumpa nilai-nilai positif di dalamnya.Fikir yang baik-baik saja, kerana ia memberi keuntungan jangka masa panjang. .

7. Hati Mesti ‘Keras’ 

Bukan keras sembarangan, maksudnya kekerasan hati, kesabaran yang tinggi, pandai mengawal emosi dan menerima hakikat dengan hati terbuka. Allah menurunkan musibah, permasalahan dan macam-macam lagi bukan sekadar dugaan, tapi balasan pada perbuatan-perbuatan Anda di masa lalu.
Buat baik, dibalas baik, begitu juga sebaliknya. Cuba ingat balik kejahatan kecil yang Anda lakukan pada orang lain, mungkin ada walau Anda tak sedar. Itulah perlunya kita bersikap baik dan berfikir yang baik-baik pada semua orang, benda, perkara, situasi dan keadaan.
Sebelum masuk tidur, set minda untuk jadi ceria pada keesokan harinya. Lafazkan dengan nada berbisik. Relaks, jangan terlalu mendesak diri.
Selepas bangun tidur, katakan pada diri ini adalah hari yang baru untuk Anda.
8. Jangan Lupa ALLAH 
Ini yang paling penting, perbanyakkan membaca qur’an dan sentiasa memikirkan sesuatu yang terjadi pasti ada hikmah di sebaliknya. SOLAT jgn tggal. Lbh bagus ditambah dgn kefahaman ayat2 Al Quran kerna di situ ADA JALAN ;)


 Those long explanation will tell you what you should do in details. DO read them! :p  *peace :) 

Till we meet again in the next entry. See  ya!  <3 




No comments:

Post a Comment